Friday, June 28, 2013

~ Saya sudah bersalin :)

~ Alhamdulillah..pada kandungan mencecah usia 38minggu..
dan pada tanggal keramat 20 Jun 2013, pada pukul 8.25 pagi
  saya sudah selamat bersalin seorang puteri dan merangkap anak ketiga kami 
di Ampang Puteri Specialist Hospital


Kami sepakat namakan puteri kami :-
Nur Syafa Airis Binti Shairul Wizmar

Pangkal  huruf  'S' dipilih sebab abang dan kakaknya semuanya bermula huruf 'S'
Nur aku bubuh sebab tkmo nama dia akan berada di kelompok
belakang dalam senarai nama pelajar
biar dia duduk dengan kawan perempuan yang lain
pengalaman aku dan shairul la..hehehe
sebab nama aku start ngan huruf Y selalu dapat duduk belakang
ataupun dlm list pelajar ..nama aku mesti second last atau last sekali


Pangkal SY - Shairul & Yuzlina
sebenarnya puas juga aku cari kombinasi nama yang sesuai..
makan masa berbula-bulan jugaklah
sehinggalah sampai aku nak dekat bersalin
akhirnya aku jumpe juga nama ni..
nasib shairul bersetuju (kui3x)
airis lak aku suka sebab maksudnya bunga
samala kan ngan nama kakaknya yasmin..pun maksudnya bunga
:)


oklah..kite cite pasal bersalin lak
sebenarnya..kalau ikutkan aku tak sangka akan bersalin pada minggu tu..
sebab aku risau  shairul nak gi kelantan..ada perlawanan bola
antara negeri (TNB)
pastu dia pergi lak sampai hari ahad( 4 hari)..
dalam masa yang sama..aku ni kan tengah sarat
menunggu masa je..
kang dibuatnya dia gi kelantan..pastu aku terbersalin lak
sape nak uruskan aku kan?


kebetulan masa aku checkup hari Rabu..Dr Ariza pula ader emergency..
so kami minta refer pada doktor lain..iaitu Dr Zalina..
bila kami jumpa doktor tu..
dia pun scan perut aku cam biase..dan tengok aku nyer rekod bersalin
terus dia cakap
"awak nak tak saya check (seluk)?"
just nak tau dah buka ke kat bawah tu..
aku pun ok je..angguk2..
bila dia seluk "dh 4 cm awak ni..kena warded dah"
aku ingat nak tangguh dulu sebab nak balik rumah ..
amik baju anak2 ..
tapi lepas kami wat CTG..
Dr Zalina advise aku kena masuk wad petang tu jugak..



Kronologi Bersalin

19 Jun 2013

6ptg
Aku masuk labour room petang tu jugak sambil ditemani dengan shairul
anak-anak kami tinggalkan dekat rumah mak ayah di Kg Pandan
terserempak dengan pelakon cite Juvana..Zahiril bila aku melawati bilik no3
rupanya bini dia syera ayob tu pun bersalin kat situ..



atas katil di labour room bilik 4

ni dia mesin CTG..utk tengok kekerapan contaction dan jantung baby

ni ler aku..



8 - 12 malam

aku menahan sakit contraction menggila malam tu..
apa taknya beberapa kali aku kena seluk
dan sampai 7cm pun..
Midwife datang bagitau..doktor just suh pantau je
aku kena tahan sakit sampai pagi
sepanjang malam aku tk dapat nak lena..sian aku
sakit weh..sebab aku rasa baby pun struggle macam nak keluar
tapi jalan tak bukak lagi..
:(



20 Jun 2013

6 pagi

punyalah aku berharap..seawal subuh doktor akan datang dn check aku
tapi bayang doktor pun tak muncul2 lagi..
kepala aku dh melayang2 menahan sakit..dan sebab lain tak cukup tido kan
mulut ni pula dh terkumat kamit baca zikir apa yang patut


7pagi

Midwife masuk bilik aku..keluarkan segala peralatan nak bersalin
dia prepare macam-macam dah..
dalam hati aku..mesti doktor dah ada kat hospital ni
last sekali dia seluk(lagi)
masa contraction tu dia gi seluk aku...Ya Allah sakit :(
akhirnya aku dimasukkan drip (air)
dan air ketuban dipecahkan



8pagi

aku dh start sakit lagi..
kali ni lagi sakit..double triple ..huhu
dalam 8 suku gitu,,aku suh shairul panggil nurse
sebab aku cakap macam nak berak
nurse datang tengok..seluk lagi
adehh pitam
katil aku ditegakkan..dan dalam keadaan cemas tu
dia suh aku meneran..
tak lama kemudia doktor sampai..
aku push ntah berapa kali
terus doktor sambut baby..


legaaa..Ya Allah..
aku pun tak dapat nak gambarkan perasaan bila aku dah selamat bersalin
syukur sangat-sangat
Alhamdulillah aku bersyukur dapat bersalin normal
macam anak2 aku yang lain..
dan syukur sangat sebab segalanya dipermudahkan
aku jahit pun tk banyak dalam 2cm (ke?)
ntah..time aku tengah guna gas tu ..aku dengar doktor cakap jahit sikit
2 je..2cm kot!
ahhahaha


tapi aku salute pada Doktor Zalina.. midwife dan kakitangan Hopsital Pakat Ampang Puteri
mereka memang profesional la handle aku
walaupun pagi tu ada 2/3 pesakit tengah tunggu nak bersalin gak
mereka bole handle
cekap dan pantas!
lepas aku selamat jahit je..doktor dh melompat gi bilik pembedahan sebelah
ada patient tengah tunggu nak dibedah

lepas aku selamat dijahit..
aku terus muntah hijau!
tak sempat shairul nk cr plastik ke ape ke
atas lantai tu jugak aku muntah..
mungkin perut aku dah masuk angin kut
dn doktor datang tanya aku..aku ade gastrik ke ape..
aku cakap takde just masa pregnant dulu aku selalu dapat heart burn
ok..then nurse injit ubat tahan muntah
dan aku terus dibawa ke bilik wad...


inila puteri kami...muka seiras sarah!





Hari ni hari ke-9 usia Syafa
dan hari ke-9 jugaklah bermulalah aku berpantang..
nanti aku akan update tentang jaundis syafa dan
apa yang aku buat masa dalam berpantang..
dan 
review aku pada produk yang aku beli untuk kegunaan
semasa pantang pada entry yang lain okeh!..





bye.bye


wassalam