Friday, June 29, 2012

~ Taska atau Pengasuh?Tips2.. Final entry

Salam...dh lama aku tk update blog..ishh busy giler aku kebelakangan...
dengan kerjaya aku yang memerlukan aku ke sana dan ke sini...
di tambah pula tugas-tugas seharian di rumah yang menimbun..
memang aku tk menang tangan...

Last entry ni..aku nak simpulkan sedikit tentang pengalaman aku..dan
tips yang aku boleh sharekan pada u all sekiranya berhajat atau masih dalam
dilema sama ada untuk menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh..



+ Tips memilih Taska +


1. Kalau boleh..sebaik-baiknya anda survey taska dahulu sebelum membuat keputusan
    menghantar anak-anak ke sana..

    Cth : Adakah taska itu memiliki lesen perniagaan/lesen dari JKM dan sebagainya..
waktu beroperasi...
berapa kadar OT  yang dikenakan  per jam...
dan lain-lain lagi...

2. Kebersihan dalam dan luar taska perlu dititikberatkan...
 termasuk tempat anak-anak tidur..tandas..dapur..
    Anda boleh minta kebenaran daripada owner taska 
untuk meninjau keseluruhan kawasan taska...

3.  Tanya lah apdak dia menu yang disediakan untuk anak-anak..ada tak mereka sediakan
     aktiviti sampingan untuk kanak-kanak...selain daripada tidur dan menonton tv...


4. Pilih taska yang sudah lama beroperasi..iaitu taska yang memang dikenali ramai..
   selamat dan 
mendapat feedback yang baik daripada ibubapa yang menghantar anak-anak ke sana


   Kesilapan yang kami lakukan ialah memilih taska yang BARU dibuka...
  Sudah tentu banyak fasiliti tak berapa lengkap dan pengasuh yang belum banyak 
  pengalaman untuk 'handle' kanak-kanak..huuhuhu


5.  Sekiranya anak anda..seorang bayi..perlu tanya pada owner..berapa ramai bayi yang dijaga..
seorang pengasuh..maksima hanya boleh jaga 5 orang bayi dalam satu bilik...
tanpa buaian..dan bilik hendaklah diasingkan daripada kanak-kanak yang lain.

6. Pantau keadaan anak anda setiap hari...ibu bapa perlu ada rasa syak dan curiga sekiranya
perilaku anak-anak tiba-tiba berubah...
Naluri ibu mengatasi segalanya....

Yesss..yang ini berlaku pada anak-anak kami...




+ Tips Memilih Pengasuh +


1. Kedudukan rumah -Jarak di antara rumah anda dan pengasuh dekat
supaya anda senang memantau..atau mengambil anak-anak dari rumah beliau
perlu ada rasa syak wasangka..dan curiga...



2.  Berapa ramai anak orang lain yang dijaga dalam masa yang sama?
Elakkan memilih pengasuh yang menjaga ramai anak..sebab dikhuatiri
beliau akan overlook dan boleh berlaku kemalangan yang tidak diingini...



3. Kebersihan rumah pengasuh...anda boleh nilai sendiri bagaimana
keadaaan sesebuah rumah...sila la jenguk ke dapur ataupun
bilik mandi...


4. Bina jalingan yang baik antara pengasuh...



Akhir sekali...berdoalah pada Allah s.w.t agar anak-anak kita tidak diapa-apakan
di mana jua mereka berada sama ada di taska atau rumah pengasuh...
semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam perlindungan - Nya..


Insya- Allah


No comments: