Wednesday, May 16, 2012

~ Cara termudah untuk steril kan botol susu..

~ Entry kali ini..aku nak share cara termudah untuk sterilkan botol susu anak..
dan juga peralatan mengepam..
   aku tak mampu nak beli sterlizer..mahal woii..bukannya murah..beratus gak..
   ada juga cadangkan guna cara traditional iaitu dnegan merebus botol..
puting susu dan peralatan mengepam
   huhu..yg ini aku tak berani buat lagi..
sebab takut compartment pam Freestyle aku ni mengembang..
   tak ke haru..dh ler mahal..satu2 part tu..

  Oleh itu, cara paling MUDAH dan MURAH ialah dengan guna sterilizer pil..
  Mana nak beli?
ala..mana2 kedai atau pasaraya yang jual barang baby mesti ada jual pil ni..
  aku beli jenama pureen..
dalam rm17 (kot) tak ingatla...ada 50 tablet(kalau tak silap) dalam sekotak...



   Cara untuk sterilkan guna pil/tablet ni..


   1. Sediakan besen untuk isi air . 
       Saiz besen terpulang kepada korang..janji muat nak buh semua botol yang nak disterilkan


   2. Keluarkan satu pil/tablet 


   3. Rendam kan ke dalam besen.


      4. Rendam seketika semua botol dalam besen.


5. Dah siap! lepas tu..boleh keluarkan botol dan keringkan ..
harus diingatkan, air rendaman ini boleh disimpan dan diguna untuk steril botol yang lain 
selama 24 jam..so jangan buang air ini yer..
boleh digunakan untuk yang botol lain..


mudah bukan?
selalunya aku akan sterilize botol susu anak aku ini 2 atau 3 kali seminggu
bergantung keadaan dan masa..




p/s: aku geli tengok si ibu rendam botol susu anak berhari-hari tanpa basuh dengan air panas..
puting botol tu lak ada kesan kuning2..siap ada kerak susu basi..
haih..tolong lah para ibu agar perihatin sikit bab2 kebersihan ini..








         

No comments: